Friday, 13 November 2015

NASI KERABU CHICKEN FLOSS

 
Nasi Kerabu Chicken Floss

Bahan Utama:

3 cawan white Chicken Floss (Ummi beli kat Ipoh, kirim kat kawan 1kg = RM 35)
Anggaran penggunaan 2-3 sudu makan utk sepinggan nasi

 


Nasi Biru


Bahan-bahannya:
4 pot beras siam
3 helai daun limau purut dicarikkan
Beberapa titis pewarna biru
Air secukupnya.


Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan diatas dalam rice cooker. Tekan on, masak seperti biasa.


Serunding   Kelapa (Sambal Nyor Serai)


Bahan-bahannya: (tahan 1 bulan+++ jika disimpan dalam bekas kedap udara)
3 cawan  kelapa parut putih
2 batang serai diracik@ dihiris halus
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa ( Ummi guna cukup rasa maggie)


Cara membuatnya:
1. Goreng tanpa minyak  kelapa parut putih & serai sehingga kering,  tidak melekat & keperangan. (Sentiasa koreskan bahagian bawah kuali semasa mengacau supaya tidak hangit)
2. Tambah garam, gula & perasa. Kacau hingga sebati.
3. Angkat, sejukkan & masukkan dalam bekas kedap udara. Jika suka, boleh juga dikisar dengan pengisar kering supaya teksturnya lebih halus.

# Anggaran penggunaan 2 sudu makan utk sepinggan nasi


Sambal  Cuka


 

Bahan-bahannya: (tahan 1 bulan+++ & lebih jika disimpan didalam peti ais)
50 biji cili padi merah dibuang tangkai
3 sudu makan cuka
3 sudu makan air
3 ulas bawang putih
3/4 sudu teh garam@ secukupnya
1 sudu makan gula@ secukupnya


Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan dalam blender, kisar sehingga halus
2. Masukkan dalam bekas tertutup, simpan dalam peti ais selepas digunakan



Kuah Sambal Tumis


 

Bahan-bahannya:
2 cawan santan
1 biji bawang besar dikisar
1 batang serai dikisar
1 sudu teh pes cili maepronom ( kalau guna cili boh 1 sudu makan)
Gula melaka secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit bahan perasa


Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan didalam periuk. Kacau hingga mendidih
2. Sedia untuk dimakan bersama nasi kerabu.
3. Anggaran penggunaan untuk sepinggan nasi adalah 1- 2 sudu makan.


Ulam-ulaman


 

Bahan-bahannya: 
1 batang timun
6 tangkai kacang panjang
1/4 biji kobis
1 batang bunga kantan
10 tangkai daun kesum, ambik daunnya sahaja
8 batang daun salom
5 helai daun limau purut dibuang tulangnya ( urat tengah daun)
10 helai daun pudina
Lain- lain ulam yang sesuai


Cara membuatnya:
1. Hiris semua ulam- ulam diatas sehalusnya.
2. Daun yang beraroma hendaklah dicampurka sekali dalam satu bekas seperti daun kesum, daun salom, daun limau purut, daun pudina, bunga kantan dsb.


Bahan sampingan yang lain:
Budu (1 sudu teh utk sepinggan nasi)
Limau nipis
Keropok keping ikan yang telah digoreng
Bawang jeruk
Solok lada
Telur masin
Dsb.


Lauk Sampingan:
Ikan celup tepung goreng
Ayam @ ikan percik
Daging bakar
Ayam goreng berempah

     


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...