Tart Nenas Gulung Gebu
Bahan A:
250gm butter
1 biji telur kuning gred A
1/2 sudu teh garam
50gm gula icing
Bahan B: diayak
280gm gandum
40gm tepung jagung
40gm tepung kastard
60gm susu tepung
Bahan D:
Jem nenas secukupnya -gentel siap sebesar jari telunjuk ( ummi beli yang dah ready made kat kedai bahan kek)
Bahan C: (hiasan)
1 biji telur kuning gred A
1/2 sudu teh essen vanilla
Sedikit pewarna kuning
1. Pukul bahan A hingga sebati
2. Masukkan bahan B, uli hingga sebati
3. Guna acuan semperit/ tart..masukkan inti & gulung. Buat sampai habis
4. Sapukan bahan C, bakar dengan suhu 160°C selama 18 minit.
No comments:
Post a Comment