Lamb Chop Bersos Tomato Bersama Cendawan Butang Blackpaper
4 keping daging kambing ( 200 gm setiap keping)
2 sudu makan sos lada hitam
2 sudu makan minyak zaitun @ bunga matahari (minyak masak biasa pun boleh )
1/2 sudu teh serbuk oregano
1/2 sudu teh garam @ secukupnya
4 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit bahan perasa
Caranya:
1. Perap daging dengan bahan2 diatas selama 30 minit - 1jam
2. Bakar atas frypan bertutup dengan dengan api yang perlahan sehingga masak @ boleh guna periuk ajaib, oven dsb.
3. Angkat dan ready untuk dimakan dengan sos
SOS TOMATO BLACKPAPER DENGAN CENDAWAN BUTANG
Bahannya:
1 botol kecil (180ml) sos lada hitam
150gm cendawan butang, dihiris nipis
1 biji bawang besar holland dimayang halus
3 ulas bawang putih diketuk
2 sudu makan sos tiram
2 biji tomato dipotong dadu
3 sudu makan sos cili thai life
2 sudu makan gula perang@ secukup rasa (Ummi guna Mollasses organic brown sugar)
1 cawan air
garam secukup rasa
Caranya:
1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang hingga lembut dan kekuningan,
2. Masukkan cendawan, kacau sehingga layu
3. Masukkan semua bahan2 yang lain, kacau sehingga kuah pekat & sebati
4. Sedia untuk dimakan dengan Lambchop
HIASAN
Bahan-bahan:
Brokoli (direbus dlm air yang mendidih selama 2 minit bersama sedikit minyak & sedikit garam)
Kobis Ungu dihiris halus
No comments:
Post a Comment