Mini Strawberry Cup Cake
Bahan-bahan:
100gm tepung jagung*
200gm tepung gandum*
½ sudu teh serbuk penaik*
6 biji putih telur (dipukul hingga
kental)
6 biji telur kuning
200ml minyak jagung
150ml susu cair
140gm gula kastor
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh essen Strawberry emalco
1 sudu teh pewarna pink
1 sudu makan ovallete
Coklat rice untuk hiasan
Cawan kertas saiz paling kecil (=
duit 50 sen lama)
* Diayak bersama
Caranya:
1. Pukul telur kuning + gula kastor
+ essen Strawberry emalco + pewarna pink + ovallete + garam hingga kembang.
2. Tambah minyak masak & susu
cair, pukul hingga sebati
3. Masukkan bahan yang diayak,
pukul hingga sebati
4. Masukkan telur putih, kaup balik
hingga sebati
5. Masukkan dalam piping bag,
paipkan dalam cawan kertas & hiaskan dengan coklat rice
6. Panaskan oven, bakar dalam suhu
170oCelcius selama 10 minit.
No comments:
Post a Comment