Monday, 16 May 2016

MINI CUP CAKE KURMA

Mini Cup Cake Kurma

Bahan-bahan:
100gm tepung jagung*
200gm tepung gandum*
½ sudu teh serbuk penaik*
6 biji putih telur (dipukul hingga kental)
6 biji telur kuning
200ml minyak jagung
150ml susu cair
100gm isi kurma (Blend dengan susu cair)
140gm gula kastor
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh essen vanilla
2 sudu makan ovallete
Coklat chip untuk hiasan
Cawan kertas saiz paling kecil (= duit 50 sen lama)

* Diayak bersama

Caranya:
1. Pukul telur kuning + gula kastor + essen vanilla + ovallete + garam hingga kembang.
2. Tambah minyak masak, susu cair & kurma, pukul hingga sebati
3. Masukkan bahan yang diayak, pukul  hingga sebati
4. Masukkan telur putih, kaup balik hingga sebati
5. Masukkan dalam piping bag, paipkan dalam cawan kertas
6. Panaskan oven, bakar dalam suhu 170oCelcius selama 10 minit.



             









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...