Thursday, 12 November 2015

KERABU CENDAWAN GORENG


 
Kerabu Cendawan Goreng


Bahan-bahannya:
 150gm cendawan tiram disiat kepada saiz yang lebih kecil
100gm tepung crispy fry nona
100ml air
4 sudu makan minyak
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menggoreng


                                                           
  
Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung, air, minyak & perasa.Bancuh hingga sebati.
2. Celupkan cendawan dan goreng dalam minyak yang panas.
3. Goreng hingga kekuningan dikedua-dua belah. Angkat & toskan minyak. Hidangkan didalam pinggan.


      

Bahan A:
1+1/2  sudu makan pes cili maepranom
1+1/2 sudu makan sos ikan
1 biji limau nipis diambil jusnya
1+1/2 sudu makan gula
Sedikit bahan perasa


Bahan B:
1/2 biji bawang holland dimayang dadu
1/2 biji tomato dihiris dadu
1 batang serai dihiris nipis
2 helai daun limau purut dibuang urat tengah & dihiris halus
1 rumpun daun ketumbar dihiris halus
4 biji cili padi dihiris halus


Cara membuatnya:
1. Gaulkan semua bahan A hingga sebati.
2. Campurkan semua bahan A & B. Gaul hingga sekata.
3. Tuangkan keatas cendawan yang telah digoreng tadi. Sedia untuk dihidang.


          

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...