Kuih Siput Ranggup
Bahannya:
1.2kg tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 biji bawang merah besar #
4 tangkai daun kari dibuang tangkai #
5 sudu makan gula #
1 sudu makan garam #
1 sudu makan cili boh/ pes cili #
1 sudu makan serbuk kari #
1 sudu makan maggie cukup rasa #
1 kotak santan segera 200ml #
150 ml air #
1 biji telur #
250gm marjerin *
50 gm shortening (lemak sayuran)*
Minyak untuk menggoreng
Daun kari secukupnya
Acuan kuih siput
# dikisar bersama
* dicairkan
Caranya:
1. Campurkan tepung gandum + soda bikarbonat + bahan dikisar + marjerin + shortening, uli hingga sebati dan tidak melekat di tangan (klu keras boleh + air)
2. Cubit sedikit adunan, bentukkan siput dengan menggunakan acuan, (tekan & tolak) buat sehingga habis adunan.
3. Panaskan minyak, goreng dalam minyak yang banyak
4. Bila hampir masak, masukkan daun kari
5. Goreng sehingga kekuningan
6. Angkat, toskan minyak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment