Monday, 16 May 2016

MINI VANILLA CUP CAKE


Mini Vanilla Cup Cake

Bahan-bahan:
100gm tepung jagung*
200gm tepung gandum*
½ sudu teh serbuk penaik*
6 biji putih telur (dipukul hingga kental)
6 biji telur kuning
200ml minyak jagung
150ml susu cair
140gm gula kastor
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh essen vanilla
2 sudu makan ovallete
Coklat chip untuk hiasan
Cawan kertas saiz paling kecil (= duit 50 sen lama)

* Diayak bersama

Caranya:
1. Pukul telur kuning + gula kastor + essen vanilla + ovallete + garam hingga kembang.
2. Tambah minyak masak & susu cair, pukul hingga sebati
3. Masukkan bahan yang diayak, pukul  hingga sebati
4. Masukkan telur putih, kaup balik hingga sebati
5. Masukkan dalam piping bag, paipkan dalam cawan kertas
6. Panaskan oven, bakar dalam suhu 170oCelcius selama 10 minit.


# untuk adunan biasa boleh pakai Loyang 10’x 10’ bakar suhu 170oCelcius selama 40 minit
# untuk cawan kertas saiz sederhana 6.5cm bakar suhu 170oCelcius selama 17 minit



             



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...