Mini Coklat Cup Cake
Bahan-bahan:
50gm tepung jagung*
50gm serbuk koko*
200gm tepung gandum*
½ sudu teh serbuk penaik*
6 biji putih telur (dipukul hingga
kental)
6 biji telur kuning
200ml minyak jagung
150ml susu cair
180gm gula kastor
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh essen vanilla
2 sudu makan ovallete
Coklat chip putih untuk hiasan
Cawan kertas saiz paling kecil (=
duit 50 sen lama)
* Diayak bersama
Caranya:
1. Pukul telur kuning + gula kastor
+ essen vanilla + ovallete + garam hingga kembang.
2. Tambah minyak masak & susu
cair, pukul hingga sebati
3. Masukkan bahan yang diayak,
pukul hingga sebati
4. Masukkan telur putih, kaup balik
hingga sebati
5. Masukkan dalam piping bag,
paipkan dalam cawan kertas
6. Hiaskan dengan coklat chip
7. Panaskan oven, bakar dalam suhu
170oCelcius selama 10 minit.
# untuk adunan biasa boleh pakai
Loyang 10’x 10’ bakar suhu 170oCelcius selama 40 minit
# untuk
cawan kertas saiz sederhana 6.5cm bakar suhu 170oCelcius selama 17
minit
No comments:
Post a Comment