Friday, 13 November 2015

KERANG GORENG TAUCU

Kerang Goreng Taucu


Bahan-bahannya:

1 kg kerang dibersihkan & ditoskan
1 biji bawang besar dimayang halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
2 keping hirisan halia dimayang halus
2 sudu makan taucu
1 cawan air
1 sudu makan pes cili mae pranom
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis


               


Cara membuatnya:

1. Tumis bawang putih, bawang besar & halia hingga layu.
2. Masukkan pes cili, taucu, garam, gula & perasa. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan kerang & air. Kacau balik sekejap, perlahankan api, tutup kerang dengan tudung periuk, biarkan mereneh sehingga kering air & ada kerang yang telah terbuka menandakan ia telah masak.
4.  Angkat, sedia untuk dihidang.


        

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...