Jejemput Pisang Manis Oat
Bahannya:
8 biji pisang berangan dilecek dengan sudu @ diramas dengan tangan.
200ml air suam
3 cawan tepung gandum
1 cawan oat
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk soda bikarbonat
3 sudu makan susu pekat manis (Ummi guna Gold Coin brand )
Minyak untuk menggoreng
Caranya:
1. Larutkan susu pekat manis & garam bersama 200ml air suam.
2. Campurkan semua bahan diatas. Gaul hingga sebati.(+gandum@air ikut kesesuaian bancuhan anda)
3. Panaskan minyak, sendukkan menggunakan sudu teh ke dalam minyak. Goreng hingga kekuningan.
4. Angkat, toskan minyak dengan menggunakan tissue towel, hidangkan dalam pinggan yang dilapik daun pisang. Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment