Sunday, 22 May 2016

BUBUR JAGUNG MANGGA

Bubur Jagung Mangga

Satu kombinasi yang baik!

Bahannya:
3 tongkol jagung, dihiris nipis
1 kotak santan segera (Ummi guna Harumurni)
3 cawan air
Gula perang lembut secukup rasa
1/2 sudu teh garam @ secukup rasa
2 helai daun pandan disimpul
3 biji mangga siku raja yang masak & manis dipotong dadu

Caranya:
1. Rebus jagung yang telah dihiris bersama 3 cawan air hingga mendidih
2. Masukkan semua bahan2 yang lain, kecuali mangga, kacau hingga mendidih
3. Sendukkan ke dalam mangkuk, tambah isi mangga secukupnya
4. Sedia untuk dimakan & dihidangkan.

            






BUBUR JAGUNG

Bubur Jagung

Bahannya:
3 tongkol jagung, dihiris nipis
1 kotak santan segera (Ummi guna Harumurni)
3 cawan air
Gula perang lembut secukup rasa
1/2 sudu teh garam @ secukup rasa
2 helai daun pandan disimpul

Caranya:
1. Rebus jagung yang telah dihiris bersama 3 cawan air hingga mendidih
2. Masukkan semua bahan2 yang lain, kacau hingga mendidih
3. Sedia untuk dimakan & dihidangkan.



SAMBAL BACHANG


Sambal Bachang

Memang sedap sangat, pembuka selera, sedap dimakan bersama nasi panas, kuah singgang @ sup + ikan masin goreng

Bahannya:
1 biji bachang masak, dikupas kulit, diambil isinya
1 biji tomato, dibelah 8
1 biji limau nipis diambil jusnya
1 genggam cili padi dibuang tangkai
1 inci belacan
1/2 sudu teh garam @ secukup rasa
2 ulas bawang putih
1 sudu makan gula @ secukup rasa
1/2 sudu teh maggie cukup rasa

 

 Caranya:
1. Kisar semua bahan diatas hingga hancur
2. Sedia untuk dimakan & dihidangkan.



             



MINI STRAWBERRY CUP CAKE

Mini Strawberry Cup Cake


Bahan-bahan:
100gm tepung jagung*
200gm tepung gandum*
½ sudu teh serbuk penaik*
6 biji putih telur (dipukul hingga kental)
6 biji telur kuning
200ml minyak jagung
150ml susu cair
140gm gula kastor
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh essen Strawberry emalco
1 sudu teh pewarna pink
1 sudu makan ovallete
Coklat rice untuk hiasan
Cawan kertas saiz paling kecil (= duit 50 sen lama)

* Diayak bersama

Caranya:
1. Pukul telur kuning + gula kastor + essen Strawberry emalco + pewarna pink + ovallete + garam hingga kembang.
2. Tambah minyak masak & susu cair, pukul hingga sebati
3. Masukkan bahan yang diayak, pukul  hingga sebati
4. Masukkan telur putih, kaup balik hingga sebati
5. Masukkan dalam piping bag, paipkan dalam cawan kertas & hiaskan dengan coklat rice
6. Panaskan oven, bakar dalam suhu 170oCelcius selama 10 minit.


           



MINI CHIPSMORE CUP CAKE

Mini Chipsmore Cup Cake

Bahan-bahan:
100gm tepung jagung*
200gm tepung gandum*
½ sudu teh serbuk penaik*
6 biji putih telur (dipukul hingga kental)
6 biji telur kuning
200ml minyak jagung
150ml susu cair
150gm gula kastor
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh essen vanilla
1 sudu makan ovallete
50gm biskut Chipsmore dikisar halus
Coklat rice untuk hiasan
Cawan kertas saiz paling kecil (= duit 50 sen lama)

* Diayak bersama

Caranya:
1. Pukul telur kuning + gula kastor + essen vanilla + ovallete + garam hingga kembang.
2. Tambah minyak masak & susu cair, pukul hingga sebati
3. Masukkan bahan yang diayak, pukul  hingga sebati
4. Masukkan Chipsmore, gaul hingga sebati
5. Masukkan telur putih, kaup balik hingga sebati
6. Masukkan dalam piping bag, paipkan dalam cawan kertas
7. Hiaskan dengan coklat rice diatasnya
8. Panaskan oven, bakar dalam suhu 170oCelcius selama 10 minit.

           





Wednesday, 18 May 2016

Biskut Bangkit Dwi Cheese 


Sedap, cair dimulut (melting in your mouth), sangat gebu.


Bahan A:
250gm buttercup
60gm cream cheese (Ummi guna brand Tatura)
100gm gula icing
2 biji telur kuning gred A
1/3 sudu the garam halus

Bahan B:
250gm tepung ubi kayu*
250gm tepung jagung*
* disanggai @goreng tanpa minyak

Hiasan:
Cheddar Cheese yang diparut secukupnya

   

Caranya:
1. Pukul bahan A hingga sebati
2. Masukkan bahan B, uli hingga sebati
3. Canai & terap dengan acuan bunga
4. Tabur parutan cheddar cheese diatasnya
5. bakar pada suhu 160C selama 18 minit
6. Angkat, sejukkan atas redai sebelum disimpan dalama bekas kedap udara.

        

  


LAMB CHOP BERSOS TOMATO BLACKPAPER BERSAMA CENDAWAN BUTANG

 
Lamb Chop Bersos Tomato Bersama Cendawan Butang Blackpaper



Bahan Perapan :
4 keping daging kambing ( 200 gm setiap keping)
2 sudu makan sos lada hitam
2 sudu makan minyak zaitun @ bunga matahari (minyak masak biasa  pun boleh )
1/2 sudu teh serbuk oregano
1/2 sudu teh garam @ secukupnya
4 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit bahan perasa

Caranya:
1. Perap daging dengan bahan2 diatas selama 30 minit - 1jam
2. Bakar atas frypan bertutup dengan dengan api yang perlahan sehingga masak @ boleh guna periuk ajaib, oven dsb.
3. Angkat dan ready untuk dimakan dengan sos

         

         


SOS TOMATO BLACKPAPER DENGAN CENDAWAN BUTANG

Bahannya:
1 botol  kecil (180ml) sos lada hitam
150gm cendawan butang, dihiris nipis
1 biji bawang besar holland dimayang halus
3 ulas bawang putih diketuk
2 sudu makan sos tiram
2 biji tomato dipotong dadu
3 sudu makan sos cili thai life
2 sudu makan gula perang@ secukup rasa (Ummi guna Mollasses organic brown sugar)
1 cawan air
garam secukup rasa

Caranya: 
1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang hingga lembut dan kekuningan,
2. Masukkan cendawan, kacau sehingga layu
3. Masukkan semua bahan2 yang lain, kacau sehingga kuah pekat & sebati
4. Sedia untuk dimakan dengan Lambchop

HIASAN

Bahan-bahan:
Brokoli (direbus dlm air yang mendidih selama 2 minit bersama sedikit minyak & sedikit garam)
Kobis Ungu dihiris halus


         


              


  


TART NENAS GULUNG GEBU



Tart Nenas Gulung Gebu

Bahan A:
250gm butter
1 biji telur kuning gred A
1/2 sudu teh garam
50gm gula icing

Bahan B: diayak
280gm gandum
40gm tepung jagung
40gm tepung kastard
60gm susu tepung


     

 Bahan D:
Jem nenas secukupnya -gentel siap sebesar jari telunjuk ( ummi beli yang dah ready made kat kedai bahan kek)

Bahan C: (hiasan)
1 biji telur kuning gred A
1/2 sudu teh essen vanilla
Sedikit pewarna kuning


          
     

Cara membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga sebati
2. Masukkan bahan B, uli hingga sebati
3. Guna acuan semperit/ tart..masukkan inti & gulung. Buat sampai habis
4. Sapukan  bahan C,  bakar dengan suhu 160°C selama 18 minit.

Tuesday, 17 May 2016

BISKUT JEJARI ALA PEPERO

Biskut Jejari Ala Pepero

Bahan-bahannya:
500gm biskut jejari (Ummi beli secara timbang 1kg = rm15 kat Tanjung Malim)
600gm coklat masakan (klu nak sedap beli coklat yang mahal sikit spt Beryls dsb.)
150gm serbuk badam disanggai tanpa minyak

         

Caranya:
1. Cairkan coklat secara double boil
2. Celupkan biskut jejari 2/3 dengan coklat.
3. Taburkan sedikit serbuk badam, biarkan coklat keras di atas redai.
4. Simpan dalam bekas kedap udara @ bolehlah dihidang.



         



BISKUT JEJARI ROTI BERSALUT COKLAT NESTUM

Biskut Jejari Roti Bersalut Coklat Nestum

Bahan-bahan:
24 keping roti sandwich gardinea dipotong 2 & digunting 10 belahan (1 keping roti = 20 jejari)
800 gm coklat masakan (dicairkan secara double boil @ guna alat untuk cairkan coklat)
300 gm nestum

         

         

Cara-caranya:
1. Panggang roti dalam oven pada suhu 170C selama 12 minit (sejukkan & simpan dalam tupperware)
2. Celupkan jejari roti dalam coklat, toskan & hentakkan supaya lebihan coklat jatuh.
3. Golekkan atas nestum, letak atas redai, biarkan coklat beku/ mengeras (klu nak cepat, masukkan dlm freezer selama 2 minit)
4. Simpan dalam bekas kedap udara @ bolehlah dihidang


        






Monday, 16 May 2016

KUIH SIPUT RANGGUP

Kuih Siput Ranggup

Bahannya:
1.2kg tepung gandum 
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 biji bawang merah besar #
4 tangkai daun kari dibuang tangkai #
5 sudu makan gula #
1 sudu makan garam #
1 sudu makan cili boh/ pes cili #
1 sudu makan serbuk kari #
1 sudu makan maggie cukup rasa #
1 kotak santan segera 200ml #
150 ml air #
1 biji telur #
250gm marjerin *
50 gm shortening (lemak sayuran)*
Minyak untuk menggoreng
Daun kari secukupnya 
Acuan kuih siput


# dikisar bersama
* dicairkan

Caranya:
1. Campurkan tepung gandum + soda bikarbonat + bahan dikisar + marjerin + shortening, uli hingga sebati dan tidak melekat di tangan (klu keras boleh + air)
2. Cubit sedikit adunan, bentukkan siput dengan menggunakan acuan, (tekan & tolak) buat sehingga habis adunan.
3. Panaskan minyak, goreng dalam minyak yang banyak
4. Bila hampir masak, masukkan daun kari
5. Goreng sehingga kekuningan
6. Angkat, toskan minyak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



             





MINI CUP CAKE KURMA

Mini Cup Cake Kurma

Bahan-bahan:
100gm tepung jagung*
200gm tepung gandum*
½ sudu teh serbuk penaik*
6 biji putih telur (dipukul hingga kental)
6 biji telur kuning
200ml minyak jagung
150ml susu cair
100gm isi kurma (Blend dengan susu cair)
140gm gula kastor
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh essen vanilla
2 sudu makan ovallete
Coklat chip untuk hiasan
Cawan kertas saiz paling kecil (= duit 50 sen lama)

* Diayak bersama

Caranya:
1. Pukul telur kuning + gula kastor + essen vanilla + ovallete + garam hingga kembang.
2. Tambah minyak masak, susu cair & kurma, pukul hingga sebati
3. Masukkan bahan yang diayak, pukul  hingga sebati
4. Masukkan telur putih, kaup balik hingga sebati
5. Masukkan dalam piping bag, paipkan dalam cawan kertas
6. Panaskan oven, bakar dalam suhu 170oCelcius selama 10 minit.



             









MINI RED VELVET CUP CAKE


Mini Red Velvet Cup Cake

Bahan-bahan:
100gm tepung jagung*
2 sudu makan serbuk koko*
200gm tepung gandum*
½ sudu teh serbuk penaik*
6 biji putih telur (dipukul hingga kental)
6 biji telur kuning
200ml minyak jagung
150ml susu masam/ Buttermilk) (susu cair + 1 sudu jus limau nipis/cuka makan, biarkan selama 10 minit)
180gm gula kastor
1 sudu teh garam halus
1 sudu makan jus limau nipis/cuka makan
2 sudu makan pewarna merah
1 sudu teh essen vanilla
2 sudu makan ovallete
Coklat chip untuk hiasan
Cawan kertas saiz paling kecil (= duit 50 sen lama)

* Diayak bersama

Caranya:
1. Pukul telur kuning + gula kastor + essen vanilla + ovallete + pewarna merah + cuka + garam hingga kembang.
2. Tambah minyak masak & susu masam, pukul hingga sebati
3. Masukkan bahan yang diayak, pukul  hingga sebati
4. Masukkan telur putih, kaup balik hingga sebati
5. Masukkan dalam piping bag, paipkan dalam cawan kertas
6. Panaskan oven, bakar dalam suhu 170oCelcius selama 10 minit.

             





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...